Thursday, November 12, 2009

sejalur rindu pt. 29

hatinya tidak keruan mengenangkan keputusan ayahnya yang tidak menyebelahinya. selalunya tidak begitu. dia selalu mendapat sokongan atas segala yang dilakukannya. pernah juga ayahnya menasihatkan agar membuat keputusan sendiri agar tidak dipengaruhi oleh orang lain. namun kini sebaliknya pula. ayahnya tidak setuju dengan tindakannya memilih lisa. susah benarkah hidup keluarganya dahulu? tidak mustahil juga kehidupannya sudah berubah dan jauh lebih baik dari dahulu. dari pemerhatiannya, lisa bukanlah seorang yang sukakan jenama, namun sekali sekala ada juga di melihat lisa mengenakan barang-barang berjenama itu. tapi apa yang tidak kena sebenarnya? lisa masih belum berjumpa kedua ibu bapanya. mungkin penerimaannya akan lebih baik. dia mencongak dalam kepala. lisa perlu di bawa berjumpa kedua orang tuanya. itu pasti!

di sebalik keresahan adzhar, lisa pula semakin berbunga hatinya. mamanya telah memberi lampu hijau seperti yang diharapkan. perbualan mereka setiap hari selepas pertemuan adzhar dengan ibunya lebih banyak menjurus ke arah status dan perancangan seterusnya bagi perhubungan mereka. kali ini hati lisa kembali riang. luka lama selepas dikecewakan haidar dan luqman hafizi, dia sedaya upaya menyisihkan hatinya untuk jatuh cinta lagi. namun jaluran-jaluran rindu yang dititipkan oleh adzhar semakin dirasai dan menembusi hatinya kini. doanya hanya satu, agar hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayatnya. tiada apa lagi yang mahu dicari selain kebahagian hidup bersama pasangan yang memahami dan menyayangi dirinya.

tiada pesanan ringkas atau panggilan telefon sejak akhir-akhir ini dari adzhar membuatkan dia sedikit keliru. padanya tiada apa-apa yang tidak baik berlaku antara mereka. tetapi mengapa adzhar menyepi diri. di pejabat pun hanya bercakap bila perlu sahaja. keluar makan pun sudah jarang-jarang. setiap kali dia cuba menghubunginya, adzhar akan memberi alasan sibuk dengan dateline yang ditetapkan oleh bos yang mana dia juga tahu akan hal itu. takkan bercakap sekejap pun tak boleh. saat hatinya merindu, tiada pula yang datang mengubatinya. sungguh dia seakan semakin berputus asa apabila pesanan-pesanan ringkas yang dikirim hanya berbalas sekali dua sahaja. puas dia mencari punca hubungannya dengan adzhar jadi begini. dia masih keliru. dan pesanan ringkas terakhir yang diterimanya dari adzhar semakin menambah kekeliruan itu.

adzhar, knp x bls msg i? marah ke atau i ada wat salah kat u?

setelah beberapa lama dia menunggu balasan yang tidak kunjung tiba, lisa menghantar satu lagi pesanan ringkas.

kalau i salah, i minta maaf. but i want to know wht happen actlly?

akhirnya adzhar membalas. namun sehingga kini, dia masih keliru dengan jawapan adzhar itu.

i xnk ckp apa2. u tau apa yg u buat.

'aku tahu apa yang aku buat? apa yang aku dah buat? pelik betul!' lisa bermonolog.

sejak itu, tiada lagi panggilan telefon dan balasan pesanan ringkas yang diterima dari adzhar. suaranya juga telah lama sepi di pejabat itu. dia hanya bercakap dengan teman-teman sepejabat lain, tapi tidak menyatakan apa-apa bila lisa ada bersama. sesungguhnya hati lisa sudah mula lerai dan hancur sedikit demi sedikit dengan perbuatan adzhar itu. untuk kesekian kalinya dia kecewa lagi...

-------------------------------------------------------

0 comments: