Tuesday, November 24, 2009

sejalur rindu pt. 31

perjalanan ke kuala terengganu mengambil masa lebih kurang 7 jam. memandangkan dia memandu sendirian, kebanyakan masa perjalanannya diselangi dengan rehat di beberapa hentian di sepanjang lebuh raya pantai timur dan sepanjang jalan pantai menuju Kuala Terengganu. kini dia sedang berdiri di pantai Batu Burok. tempat yang disukainya sejak dahulu lagi. pantai! perjalanan lukanya kali ini turut ditemani pelbagai persoalan yang masih belum punya jawapan yang pasti. biasanya dia ke terengganu untuk bercuti, namun kali ini tujuannya hanya satu. untuk mengubat hati yang dilukai oleh seorang insan bernama lelaki.

dia membuat permohonan cutinya seminggu yang lalu bersama notis berhenti kerja 24 jam dengan bayaran sebulan gaji. hatinya sudah nekad. bulat dan tepat. tiada apa yang boleh difikirkannya lagi. memikirkan produktiviti kerjanya yang semakin merosot dan asyik termenung sendirian sejak kebelakangan ini, dia berpandangan adalah wajar dia membawa lari dirinya buat masa ini. biar jauh dari segala-galanya. biar kosong dan tenang semula.

sebelum ini, dia pernah kecewa. lebih teruk dari ini. namun tidak pernah pula sehingga sanggup berhenti kerja kerana seorang lelaki. kali ini hatinya betul-betul parah. dalam keadaan gawat seperti ini tidak sepatutnya dia minta berhenti kerja. orang lain susah nak dapat kerja, yang dah bekerja sibuk pula nak berhenti.

en. zul juga terkejut dengan tindakannya itu. dia mengumpulkan kekuatan bertemu en zul secara bersemuka semasa ketiadaan adzhar di pejabat. baginya, jika adzhar ada sama di pejabat, sudah tentu rancangannya untuk berhenti akan lenyap begitu saja. entah mengapa hatinya bagai tidak mampu menerima kenyataan tentang status hubungannya dengan adzhar. berteka teki. berbelit-belit. serabut!

kali ini dia benar-benar kecewa. baginya biarlah dia membawa dirinya agak jauh dari semua kenangan itu dari terus berhadapan dengan adzhar dengan penuh rasa tertekan dan terluka. langkah seterusnya selepas berhenti kerja adalah menukar nombor telefon bimbitnya. dia sudah tidak mahu diganggu. dia ingin jauh dari semuanya. dari haidar, luqman dan juga adzhar terutamanya. hanya ibunya sahaja yang mengetahui segala yang berlaku. dia hanya mampu berkongsi dengan ibunya. tidak dengan orang lain.

sejujurnya, ibunya juga terkejut dengan tindakan drastiknya berhenti kerja. namun setelah menceritakan keadaan sebenar, ibunya hanya mampu melepaskan keluhan. dalam masa yang sama perbualannya dengan ibu tercinta dua malam lalu kembali menggamit memori.

"lisa.. mama nak tanya sikit pasal adzhar boleh?"

"mama.. lisa tahu lisa salah. dari dulu pun mama memang tak setuju lisa kawan dengan dia. baru lisa faham kenapa mama tak suka lisa dengan dia."

"perkara dah berlaku. mama tak suka dulu sebab lain. tapi sekarang mama tak kisah lisa berkawan dengan adzhar. cuma dah lain pulak jadinya."

"entahlah mama.. puas lisa fikir apa yang dah berlaku antara kami tapi entahlah mama."

"mama ada ada sesuatu yang tak kena. tapi lisa kena bagi tahu mama apa yang lisa tahu tentang keluarga adzhar. mungkin sebab keluarga."

"kenapa mama cakap macam tu? apa pandangan mama?"

"siapa nama penuh adzhar?"

"adzhar abdul razak."

"nama ayah dia abdul razak? abdul razak haji badri?"

"mama kenal ayah adzhar?"

"ingat lagi tak masa adzhar datang jumpa mama tempoh hari. kan dia kata ayah dia satu kampung dengan mama dan lisa tanya tentang kahwin satu suku. ingat lagi?"

"jadi kenapa.. errr... maknanya kami memang tak boleh kahwin?"

"bukan sebab tu. sebab lain. sebab yang membezakan kita dengan keluarga dia, lisa."

"apa yang mama maksudkan? lisa tak faham."

"kalau lisa nak tahu, sejak adzhar datang ke rumah kita hari tu mama dah cuba ingat siapa keluarga adzhar sebenarnya. mama rasa mama kenal siapa ayah adzhar. my schoolmate dulu."

"kalau ya sekalipun apa masalahnya?"

"lisa takkan faham."

"macam mana lisa nak faham kalau mama tak cerita."

"tak semudah itu mama nak ceritakan pada lisa."

ibunya bangun dan menghayunkan langkah menuju ke dapur. lisa mengekorinya. dia membancuh dua mug minuman coklat panas sebagai teman berbual.

"mama.. mama kena explain. kalau tak sampai bila-bila pun lisa tetap tertanya-tanya."

"kalau lisa nak tahu.. mama akan ceritakan. tapi bukan malam ni. lisa dah beberapa malam tak rehat. asyik memerap dalam bilik bacaan dan sampai tertidur kat sofa. malam ni tidur dan rehat secukupnya. pagi-pagi esok kita keluar jogging. okey, sayang."

"lisa takkan lena tidur ma.. selagi lisa tak tahu perkara yang sebenarnya."

lisa bingkas bangun dari tempat duduknya sambil membawa semug air coklat panas dan terus melangkah menuju ke biliknya. baginya tiada apa lagi penjelasan yang perlu didengarinya. kalau ibunya enggan memberitahu sekalipun dia sudah tidak kisah lagi. sejak kebelakangan ini, memang inilah rutin hidupnya. memerap di bilik bacaan dengan membaca dan kadangkala menulis. menulis naskah-naskah puisi lara dan kecewa untuk meluahkan rasa atau pun mengelamun jauh memikirkan perhubungannya dengan adzhar.

---------- bersambung ------------------

Monday, November 23, 2009

sejalur rindu pt.30

walaupun lisa sering mencuri peluang untuk bercakap sepatah dua dengan adzhar, namun tiada sebarang tanda hubungan dingin ini akan berakhir. rakan-rakan sepejabat juga mula perasan yang hubungan mereka berdua seperti dilanda badai. namun lisa hanya buat tidak faham bila rakan-rakan mengajukan pelbagai persoalan kepadanya.

entah dari mana timbul kekuatan dari dalam dirinya, dia nekad bertemu dengan adzhar. bersemuka. namun apa yang dilakukannya itu seperti tidak memberikan makna apa-apa.

"adzhar.. can we talk?"

"you nak cakap apa? i sibuk la sekarang."

"azhar.. please... kenapa you jadi macam ni. i buat salah apa sampai you tak nak bercakap dengan i?" dia mengumpul kekuatan bertanyakan hal itu kepada adzhar.

"tak ada apa-apa."

"adzhar.. kita tak dapat selesaikan maslah kita kalau you terus macam ni."

"so.. you nak i buat apa?" adzhar bertempik.

lisa hanya mampu memandang adzhar dengan linangan air mata. tidak pernah adzhar meninggikan suaranya seperti itu. lisa semakin keliru. dia hanya membiarkan air matanya terus mengalir. hatinya bagai disayat-sayat dengan tindakan dan perlakuan adzhar.

"thanks adzhar.. thanks for what you have done to me. i dah dapat jawapan yang i cari selama ni."

lisa berlalu dari bilik kerja adzhar. dia hanya mampu menekup mulut menahan tangis yang tidak lagi mampu ditahan.

adzhar tidak membalas kata-kata lisa. dia hanya mengeluh berat. walau apapun yang lisa katakan kepadanya, dia akan menerima segalanya. sungguh.. seperti lisa, dia juga tidak rela hatinya menerima perpisahan ini.

satu nota kecil dilekatkan di atas mejanya. lisa hanya membacanya separuh hati.

kita jumpa malam ni.
i jemput you.
-adzhar-

**********

malam itu pertemuan mereka hanya ditemani dengan deruan angin malam. sepi. bagai tiada yang perlu dibincangkan lagi.

"lisa... i nak minta maaf sebab...."

"takde sebab you nak minta maaf dengan i."

"lisa.. i tahu you kecewa dengan sikap i. tapi i buat semua ni sebab terpaksa. i harap sangat you faham keadaan i."

"entahlah adzhar. i tak tahu apa yang perlu i faham dalam situasi macam ni."

"lisa... i think we need a break."

"a break?"

"hubungan kita ni.. i think we should...."

"sudahlah adzhar. kalau itu yang you nak i akan ikut. i rasa kita bukan perlu break saja tapi mungkin break off."

"lisa... i tak bermaksud macam tu."

"jadi apa maksud you?"

"i just need some space for my life."

kata-kata adzhar semakin mengecewakannya. sudahlah tadi dia meminta agar perhubungannya direhatkan seketika dan kini alasannya dia memerlukan ruang untuk hidupnya. apakah selama ini aku hadir dalam hidupnya hanya untuk menambahkan kesesakan dalam hati dan jiwanya? sungguh aku terluka dengan kenyataan ini.

lisa membisu. dia akan akur dengan permintaan adzhar memandangkan hubungannya semakin dingin sejak kebelakangan ini.

"lisa... please say something. jangan diam macam ni. i perlukan you untuk hadapi semua ni."

"adzhar.. jangan cakap belit-belit boleh tak? you ingat i boleh faham apa yang ada dalam hati you tu?"

"lisa.. please.. i'm sorry. i pun tak nak kita macam ni."

"tapi you kecewakan i jugak."

"lisa....."

"i nak balik. you dah cakap apa you nak cakap."

"lisa... please.. i cuma nak you faham keadaan i."

"keadaan you i kena faham. hati i, perasaan i, siapa yang nak faham adzhar? i nak balik. hantar i balik."

kereta adzhar sudah berada di hadapan rumah sewa lisa. dia seakan tidak mahu melepaskan lisa pergi. andai dia tahu duduk perkara yang bersarang dalam fikirannya kini. penerimaan ayahnya terhadap lisa dan sejarah hidup lisa yang lalu.

"lisa... i'm sorry."

"adzhar... cukuplah. i akan ikut permintaan you. dan i juga ada permintaan. lepas ni you tak perlu cari i lagi. lagipun i dah biasa menghadapi situasi macam ni. bukan sekali i kecewa. tak apalah.. memang i ni tak layak berkawan dengan lelaki barangkali. i ingat hati i dah buat keputusan yang betul untuk bersama you. rupanya hati i ni dilukai sekali lagi. and for that.. hati i ni hanya ada kecewa dan luka bukan cinta yang i simpan selama ini untuk you."

"lisa... you sedang menghukum i."

"you need a break right? so.. salah ke apa yang i cakap? i rasa kita tak perlu bincang hal ni lagi. thanks for your time."

**************

pandangannya tertumpu kepada gambar di hadapannya. gambar dia berdiri berhadapan dengan adzhar semasa majlis makan malam tahunan pejabatnya. ketika itu, dia digandingkan bersama adzhar.

'kenapa you kecewakan i adzhar? kenapa you bunuh semua rasa cinta i pada you? kenapa you buat i macam ni' sendunya dalam hati. dalam sendunya yang semakin menyesakkan dada, dia terlena mendakap kenangan bersama pujaan hati yang telah pergi menjauh dari hidupnya.

**************************************

Thursday, November 12, 2009

sejalur rindu pt. 29

hatinya tidak keruan mengenangkan keputusan ayahnya yang tidak menyebelahinya. selalunya tidak begitu. dia selalu mendapat sokongan atas segala yang dilakukannya. pernah juga ayahnya menasihatkan agar membuat keputusan sendiri agar tidak dipengaruhi oleh orang lain. namun kini sebaliknya pula. ayahnya tidak setuju dengan tindakannya memilih lisa. susah benarkah hidup keluarganya dahulu? tidak mustahil juga kehidupannya sudah berubah dan jauh lebih baik dari dahulu. dari pemerhatiannya, lisa bukanlah seorang yang sukakan jenama, namun sekali sekala ada juga di melihat lisa mengenakan barang-barang berjenama itu. tapi apa yang tidak kena sebenarnya? lisa masih belum berjumpa kedua ibu bapanya. mungkin penerimaannya akan lebih baik. dia mencongak dalam kepala. lisa perlu di bawa berjumpa kedua orang tuanya. itu pasti!

di sebalik keresahan adzhar, lisa pula semakin berbunga hatinya. mamanya telah memberi lampu hijau seperti yang diharapkan. perbualan mereka setiap hari selepas pertemuan adzhar dengan ibunya lebih banyak menjurus ke arah status dan perancangan seterusnya bagi perhubungan mereka. kali ini hati lisa kembali riang. luka lama selepas dikecewakan haidar dan luqman hafizi, dia sedaya upaya menyisihkan hatinya untuk jatuh cinta lagi. namun jaluran-jaluran rindu yang dititipkan oleh adzhar semakin dirasai dan menembusi hatinya kini. doanya hanya satu, agar hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayatnya. tiada apa lagi yang mahu dicari selain kebahagian hidup bersama pasangan yang memahami dan menyayangi dirinya.

tiada pesanan ringkas atau panggilan telefon sejak akhir-akhir ini dari adzhar membuatkan dia sedikit keliru. padanya tiada apa-apa yang tidak baik berlaku antara mereka. tetapi mengapa adzhar menyepi diri. di pejabat pun hanya bercakap bila perlu sahaja. keluar makan pun sudah jarang-jarang. setiap kali dia cuba menghubunginya, adzhar akan memberi alasan sibuk dengan dateline yang ditetapkan oleh bos yang mana dia juga tahu akan hal itu. takkan bercakap sekejap pun tak boleh. saat hatinya merindu, tiada pula yang datang mengubatinya. sungguh dia seakan semakin berputus asa apabila pesanan-pesanan ringkas yang dikirim hanya berbalas sekali dua sahaja. puas dia mencari punca hubungannya dengan adzhar jadi begini. dia masih keliru. dan pesanan ringkas terakhir yang diterimanya dari adzhar semakin menambah kekeliruan itu.

adzhar, knp x bls msg i? marah ke atau i ada wat salah kat u?

setelah beberapa lama dia menunggu balasan yang tidak kunjung tiba, lisa menghantar satu lagi pesanan ringkas.

kalau i salah, i minta maaf. but i want to know wht happen actlly?

akhirnya adzhar membalas. namun sehingga kini, dia masih keliru dengan jawapan adzhar itu.

i xnk ckp apa2. u tau apa yg u buat.

'aku tahu apa yang aku buat? apa yang aku dah buat? pelik betul!' lisa bermonolog.

sejak itu, tiada lagi panggilan telefon dan balasan pesanan ringkas yang diterima dari adzhar. suaranya juga telah lama sepi di pejabat itu. dia hanya bercakap dengan teman-teman sepejabat lain, tapi tidak menyatakan apa-apa bila lisa ada bersama. sesungguhnya hati lisa sudah mula lerai dan hancur sedikit demi sedikit dengan perbuatan adzhar itu. untuk kesekian kalinya dia kecewa lagi...

-------------------------------------------------------